Kali ini tugasan blog yang diberikan oleh pensyarah adalah berkenaan dengan adiwira pilihan. Pada pandangan saya, adiwira adalah seseorang atau sesuatu watak yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal ataupun mental. Dan kelebihan itu pula digunakan untuk kebaikan.
Sejak dari kecil lagi, saya amat meminati rancangan animasi jepun yang bertajuk 'Dragon Ball Z'. Saya tertarik dengan watak utamanya iaitu Son Goku. Ini adalah kerana watak ini pada mula nya mempunyai sedikit kelebihan dalam seni bela diri dan sedikit kelebihan tenaga yang diwarisi darah keturunannya, tapi lama-kelamaan dia membina kekuatan dan kelebihan dari segi teknik. Sebagai contoh, dia mampu terbang, kekuatannya bertambah, tenaga auranya juga bertambah. Pertambahan tenaga nya ini adalah hasil dari usaha dan kesungguhannya sendiri untuk berlatih bersama guru-guru yang hebat atau secara sendiri apabila menyedari ada musuh yang kuat untuk ditentang.
Oleh kerana semangat Son Goku yang tinggi itulah saya amat mengagumi watak ini. Saya rasa sebagai manusia, saya harus mencontohi watak ini dengan mempertingkatkan usaha dan keyakinan diri setiap kali kita berdepan dengan masalah baru. Walaupun masalah yang dihadapi tersebut seperti sukar di atasi, kita harus berusaha mencari jalan penyelesaian agar masalah tersebut tidak bertambah buruk.
Kesimpulannya adiwira pilihan saya adalah Son Goku dari animasi Dragon Ball Z kerana saya kagum dengan ketinggian semangat dan usahanya membina kekuatan dalam diri nya.
No comments:
Post a Comment