Tajuk merupakan salah satu elemen yang penting untuk sesebuah karya penulisan. Tajuk ialah perkara pertama yang pembaca akan lihat pada sesebuah buku, artikel atau apa-apa sahaja bentuk penulisan. Tajuk selalunya diletakan di atas untuk artikel, jikalau untuk buku ia akan diletakkan hadapan iaitu di kulit buku tersebut.
Tajuk akan membantu pembaca mendapat sedikit gambaran berkenaan isi sesuatu penulisan tersebut. Ia seharusnya dapat membuat pembaca menjadi tertarik untuk membaca. Ia juga memudahkan membaca untuk mengkelaskan bahan bacaan yang menjadi pilihan dan bersesuaian dengan minat mereka. Jika tajuk penulisan itu menggambarkan sesuatu yang tidak diminati oleh pembaca, mereka boleh menolak untuk membaca bahan bacaan tersebut. Jika seseorang pembaca itu berminat dengan tajuk bahan bacaan itu, dia boleh terus memilih untuk membacanya.
Tajuk juga harus dibuat agar senang untuk diingati. Ini disebabkan ada kemungkinan pembaca itu belum sempat menghabiskan bacaanya dan terpaksa mencari semula bahan bacaan tersebut. Jika tajuk bahan bacaan tersebut senang untuk diingat, maka pembaca itu akan dengan mudah mencari bahan bacaan itu semula.
Kesimpulanya tajuk memainkan peranan yang amat penting untuk sesebuah penulisan. Tajuk yang baik akan memberi gambaran dan tanggapan yang baik terhadap sesuatu bahan bacaan itu. Tanggapan pertama itulah permulaan bagi menyampaikan isi-isi yang berguna kepada pembaca.
No comments:
Post a Comment