Tuesday, 29 May 2012

Penggunaan Fon Yang Sesuai


PERANG = Chiller

Keamanan = Castellar

Dilarang masuk = Bell Gothic Std Black

Shhhh… = Britannic Bold

Tahniah = Forte

Undangan Perkahwinan = Horlow Solid Italic

10 Cara Memikat Selera Anak Anda = Eras Demi ITC

Harian Utara Akhbar Komuniti Anda = Bernard MT Condensed

Majlis Konvokasyen UUM = Carlifornian FB









Majalah

  Salah satu tugasan yang perlu dilakukan oleh pelajar yang mengambil subjek Pengantar Penulisan ini ialah kami perlu membuat satu majalah. Tema yang diberikan ialah canggih dan cantik. Pada permulaanya, saya merasa agak risau kerana saya tidak pernah membuat atau menulis apa-apa artikel untuk majalah. Saya tahu untuk mencipta satu-satu majalah bukanlah satu perkara yang senang. Banyak perkara yang harus diambil kira untuk menghasilkan majalah yang baik. Aspek-aspek seperti tema, bahan-bahan untuk artikel, warna dan grafik majalah, dan sasaran pembaca harus diberi penekanan.
  Walaupun tiada pengalaman, saya harus melakukanya untuk membolehkan saya lulus dalam subjek ini. Setelah mendapat tugasan tajuk artikel yang perlu saya tulis, saya mula membuat sedikit analiss dengan mencari beberapa bahan rujukan yang berkenaan. Setelah itu, saya perlu memikirkan gambar-gambar yang sesuai untuk saya masukan ke dalam artikel saya. Saya pergi ke beberapa tempat yang sesuai untuk saya mengambil gambar. Saya hanya menggunakan kamera di telefon bimbit sahaja kerana tidak mempunyai kamera.
  Semuanya telah pun selesai dan saya berharap pengalaman saya menulis artikel ini akan dapat memberi manfaat kepada saya. Walaupun ia bukanlah satu penulisan yang baik, tapi itulah artikel saya yang pertama.

Tajuk

  Tajuk merupakan salah satu elemen yang penting untuk sesebuah karya penulisan. Tajuk ialah perkara pertama yang pembaca akan lihat pada sesebuah buku, artikel atau apa-apa sahaja bentuk penulisan. Tajuk selalunya diletakan di atas untuk artikel, jikalau untuk buku ia akan diletakkan hadapan iaitu di kulit buku tersebut.
  Tajuk akan membantu pembaca mendapat sedikit gambaran berkenaan isi sesuatu penulisan tersebut. Ia seharusnya dapat membuat pembaca menjadi tertarik untuk membaca. Ia juga memudahkan membaca untuk mengkelaskan bahan bacaan yang menjadi pilihan dan bersesuaian dengan minat mereka. Jika tajuk penulisan itu menggambarkan sesuatu yang tidak diminati oleh pembaca, mereka boleh menolak untuk membaca bahan bacaan tersebut. Jika seseorang pembaca itu berminat dengan tajuk bahan bacaan itu, dia boleh terus memilih untuk membacanya.
  Tajuk juga harus dibuat agar senang untuk diingati. Ini disebabkan ada kemungkinan pembaca itu belum sempat menghabiskan bacaanya dan terpaksa mencari semula bahan bacaan tersebut. Jika tajuk bahan bacaan tersebut senang untuk diingat, maka pembaca itu akan dengan mudah mencari bahan bacaan itu semula.
  Kesimpulanya tajuk memainkan peranan yang amat penting untuk sesebuah penulisan. Tajuk yang baik akan memberi gambaran dan tanggapan yang baik terhadap sesuatu bahan bacaan itu. Tanggapan pertama itulah permulaan bagi menyampaikan isi-isi yang berguna kepada pembaca.